Dia merenung dalam, mencari bicara pagi buat santapan kami berdua, dan dicapai dengan hujung jarinya sedikit kedalam sebelum diceritakan begini, “Bulu hidung you ada uban.” Kata si Perempuan Tua.
“Bukan la! Taik hidung I kut.” Aku membalas bohongan Perempuan Tua tersebut. Jarinya ku tepis.
“No! It’s not taik hidung,” dia menegas, “it’s your uban. Bulu hidung you beruban.”
“Merepek, mana ada uban dalam hidung.” Dan terusan, aku menekup hidung.
“Betul, you kena sumpah sebab selalu panggil I Perempuan Tua.”
Betulkah disumpah? Semalam sewaktu Perempuan Tua bersolat Isya’ selepas berbuka di kamar aku yang tidak lagi mahu sembahyang, atau mahu berpuasa, atau mahu percaya pada Tuhannya, dia berdoakah? Tuhannya marahkah?
Dan segera aku berlari ke cermin tandas dan hampir menangis merenung sifat-sifat bulu hidung yang lahirnya sudah berhari-hari lamanya, yang kalau perlu disyairkan, cantiknya dilagukan begini; “Baby, bulu hidung I ada uban. Huuuu huuu.”
Benarlah aku disumpah. Oh Perempuan Tua. Sihirkan aku, bahagia bersama kamu. Bodoh!
to me, post ini macam html code. LOL
wth wei aku baru lepas cabut uban dlm hidung. pastu sedar lubang hidung belah kiri ada dua uban.
aku kena amek gambar pasni! setakat ni ada 4 uban bulu hidung dan dua telah dicabut. setiap cabutan mengalirkan air mata demmit. nak nak bila nak cabut tp tak tercabut tp deritanye mak aih
Myhorng : ahahahha. you don’t understand issit
tekong : lol. aku ingat aku sorang je ade uban kat bulu hidung. so it’s normal actually to have uban in lubang hidung kan. heh