Cerita Bergambar : Ramadhan Datang Lagi

Suatu pagi yang hening, dalam sejuk angin pagi ahad yang membekukan; dan muka yang comot dan rambut yang mengerbang, En. Firdy telah berkata;

IMG_5017

“Wah, hari ini sudah bulan ramadhan, mungkin bulan hadapan boleh menunaikan haji.”

Maka segeralah En. Firdy bersiul-siul dia mandi, dibiarkan air lalu perlahan di celah segala celah, dibulu segala bulu temasuk yang dicukur, dan digosokkan hujung kuku dengan sabun yang berbuih-buih, cerialah pagi ahad ini dan sejuknya hingga ke tengah hari, dan mencapailah En. Firdy apa yang tidak pernah dicapainya, atau yang sudah lama tidak dicapainya.

Di capainya tikar sembahyang, En. Firdy, di sujudnya berkali-kali.

“Jadik tak, jadik tak?” Tanya En. Firdy.

IMG_5021

“No, toksah senyum la. Why are you making fun of my religion?” Tanya Perempuan Tua, sedikit marah.

“No, i’m making fun of myself!”

“(oh, you’re a fool).”

“(i heard that),” balas En. Firdy.

Segeralah selepas bersujud-sujud, dan berdoa-doa, En. Firdy melompat-lompat mahu ke pasar Ramadhan, ditahan oleh Perempuan Tua sebelum sempat masuk ke dalam lif.

IMG_5026

“You, buat perangai elok-elok boleh tak?” Marah Perempuan Tua.

“Tapi hari ini sudah puasa. Mungkin bulan hadapan boleh menunaikan Haji.” Bisik En. Firdy, dibuatkan mukanya yang paling murah.

Perempuan Tua suka membeli muka yang semurah ini.

Dan berluru keluar En.Firdy sejurus kebawah, dan berlari lah dia ke hujung jalan dan melaung, “Mari ke sini, mari kesini, hari ini sudah Ramadhan!”

IMG_5031

“Baby! Perangai macam monyet. Jalan la elok-elok. Malu I orang tengok tau.”

IMG_5027

“Tapi, I monyet yang baik hati,” balas En. Firdy, “i tahu malam tadi you mandi junub. Nak puasa kan.”

Oh, Ramadhan datang lagi.

This entry was posted in Anecdote, Fiction and tagged , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Cerita Bergambar : Ramadhan Datang Lagi

  1. sina says:

    Perempuan tua itu saya kenal!!

  2. Myhorng says:

    apa monyet tu buat?

  3. Zuadrif says:

    Sina : no, you don’t.

    Myhorng : monyet itu berlari lari melompat ke udara dan terbang bebas ke dada awan untuk selamanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>