Peluru

Perlukah lagi aku menulis, untuk jiwa-jiwa lapar, jiwa-jiwa jerangkung yang kurus berkulitkan tulang?

Ah Dunia Satu Jiwa, aku sentiasa menulis untuk kamu. Yang laju, yang perlahan, yang kurang bersopan, yang kadang buat kamu tersenyum, yang selalu buat kamu mengelamun, entah apa yang dibualkan, entah apa yang diceritakan, Kami tidak faham wahai penulis durjana bolehkah kamu berhenti seketika?

Katakan pada Kami, wahai penulis durjana yang bangsatnya kadangkala terlepas dihujung jemari — laju bagai peluru lepas tidak berpandu, Kami mahu sambut yang disini dulu, disini dulu! Jangan kesana lagi, disini dulu! Tidak habis diusap, tidak puas diambil rasa, timbul yang baru.

Tenggelam aku dalam asrama yang paling romantis, Dunia Satu Jiwa ingin diselamatkan, kerana mereka bimbang; kata aku; jika esok mereka rasa ada yang kurang, tinggal satu, dikongsi jiwanya beramai-ramai, disyairkan begini pada malam hari;

BULAN, BINTANG, angkasawan aku terbang
ada lagunya tentang ini,
ada lagunya tentang ini, aku dengar musiknya
tidak perlahan, tidak bersusun, ada melodinya tapi.

Tentang sunyi semalam ceritanya,
tentang sedih semalam ceritanya,
ingin berkongsi rasa katanya,

kalau disorok, masih persis dimuka.
Kalau diluah, perlu dibahasakan yang paling mudah.

Bulan, bintang, bahasa ini rosak,
cuma bunyinya, enak dikunyah angkasawan.

Dan bahasa yang Kami faham sudah rosak ini, ada pulihya kata penulis durjana perlu cepat, perlu laju bagai peluru perlu dibuai laju-laju sampai kepohon sena kalau kamu mahu aku ambil yang dalam baju itu mahu dikucup dahulu?

Love, F.

This entry was posted in Anecdote and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>