“Baby, 25th ni i jumpa you boleh?” suara Perempuan Tersayang di hujung telefon. Lembut, persis suara perempuan kesanyangan, lembut itu jatuh, rehatnya dalam hati-hati orang yang bersayang-sayang.
“It’s our (3rd month) anniversary kan?” aku bertanya, berhati-hati.
“Hahaha, i tak main la celebrate-celabrate ni baby.” Dia mengulang, “I jumpa you 25th ni boleh?”
“It’s our 3rd month anniversary kan?” aku bertanya lagi.
“Hahaha, i tak celebrate anniversary la baby. I jumpa you boleh tak? 25th ni?” Dia bertanya, kurang berhati-hati.
“What are you getting for me?”
“You nak apa Baby?”
Aku mahu bercerita, Sayang, tentang mimpi yang kecil, tentang rumah kecil yang huninya ikan-ikan penakut di kolam air di laman rumput dengan suara kucing-kucing nakal yang mahu makan ikan-ikan tersebut, dan kita tidur, Perempuan Tersayang, betilamkan hari-hari semalam, dan kita tidur, Perempuan Tersayang, berlembutkan tilam hari-hari semalam, dan kita tidur, Perempuan Tersayang, kita tidur, demi mimpi kecil yang bakal aku tiupkan ke ketelinga kamu.
Tidurlah dunia, kemari aku pimpin tangan kamu perlahankan malamnya Sayang.
Tidurlah dunia, demi masa liar, biar aku sentuh minit lembut bahagianya.
Tidurlah dunia, untuk malam 25 haribulan.
Meow ~



I wanna learn the art of blurry photography!
Happy Anniversary!!!! :p
Hahah, perempuan tua is now known as perempuan tersayang?
Happy monthiversary wtf
KY : stupid la you. don’t ejek me. u very lousy. =(
Vernice : ermm… haahaha. no anniversary la, play-play only (im in denial) =P
A : sibuk la you. go away!
Tan Yee Hou : thank you =P