“Baby, i think i’m pregnant lah. Takut tak?” Pesanan ringkas masuk, dari dia; tersisip di celah inbox, menari handphone yang sentiasa-silent-tak-pernah-ada-ringtone tanda pesanan ringkas masuk, dari dia.
“Tak takut la, i know you’re barren. But i sayang you jugak, hihi,” dan aku memudahkan apa yang susah; susah untuk aku percaya benda tahyul begini — perempuan tua yang comel mana mungkin pregnant — lagi mudah kalau aku ketawakan sahaja.
Dan dia membalas, “Oh, i tahulah i dah nak menopause, tapi sayang, how? I nak baby yang rambut kerenteng.”
Oh kasihan Perempuan Tua itu.